25 November 2011

Review: Rahsia Wajah Tirus Dengan Clarins Shaping Facial Lift

haiii ! selamat hari jumaat ! time ni lunch hour, semua orang keluar lunch. saya kirim je pada sorang kakak. nama dia kak afti, dia senior manager tapi tak nak dipanggil puan. rasa tua katanya. hehe comel. suasana kerja kat sini memang kurang formal, dan tak stress. so far saya buat kerja senang yang tak pening kepala sangat pun.syukur Alhamdulillah, itukan cita-cita saya selain cita-cita sebagai surirumah. hoho. (bila pulak cita-cita saya surirumah, tak penah bagitahu pun ?)

ok itu mukadimahnya saje. sebenarnya harini saya nak buat review satu produk. bila dah asyik duk tengok orang buat review kat blog masing-masing, i found it was somehow helpful to others. saya selalu baca review sesuatu produk sebelum membeli. yelah, nak invest on something, nak-nak kalau benda tu pricey, of course la kena tahu serba sikit kannnn. especially pasal harga dan keberkesanannya.

the product that i meant was:

shaping facial lift from clarins

amaran keras: ini review lain dari yang lain sebab ianya adalah dalam bentuk penceritaan, sebab sejak dulu saya memang suka masuk pertandingan bercerita

macam ni ceritanya.

dulu-dulu, ada orang tegur saya dengan statement macam ni:

"ko tak gemuk tapi muka ko macam perempuan gemuk." oh, betapa pilunya hati saya ketika itu. dalam hati saya berazam untuk diet bahagian muka. saya pernah terfikir untuk makan chewing gum banyak-banyak sebab orang kata kunyah chewing gum bagus untuk otot muka, mungkin otot muka akan berpeluh dan mengurus? hee comel kan.

tapi, saya tak ambil apa-apa tindakan. saya tahu memang ada krim untuk kuruskan muka, tapi masa tu saya student, mana ada duit lebih nak invest on benda-benda i want to look gorgeous ni. paling kuat pun beli compact powder dengan lip gloss. huhu lepas tu pokai. adik saya muka gemuk jugak, tapi dia kaya, dia beli produk kuruskan muka bio-essense. tak menjadi pun. semua orang kampung, mari jangan beli bio essense.

bila dah kerja, masalah yang sama timbul lagi. masa tu husband masih lagi tunang saya. dia pun cakap benda yang sama, cakap badan tak gemuk tapi muka macam orang gemuk. wuwuwwuuwu apa ni, kecik ati aiiii. haha. saya cerita pada kakak saya. kebetulan, kakak saya juga berwajah gemuk. (kena lah kebetulan, adik beradik memang semua muka gemuk ke ape ni?) dia telah menrecommend produk di atas kepada saya. patutlah muka dia makin kurus sejak dua menjak ni kan. serius, saya tak tipu ni.

saya rasa gembira sangat sebab saya masa tu kan nak kawen, so saya memang rajin jaga makan and jogging. tapi, tak kan badan je kurus, muka ni nak kena amik tindakan jugak. it was just really on time kakak saya recommend produk ni.

saya pun pegi lah dapatkan produk ni. harga satu botol RM 225. nasib baik dah kerja, so adalah rezeki lebih sikit nak beli. saya pakai 2 kali sehari, pagi dan malam. tahan dalam sebulan setengah. tapi kesan dia memang nampak dalam masa 2 minggu. tak ada lah sampai kurus cengkung pipi tu, tapi ada shape lah. double chin pun berkurang. ramai yang tegur saya makin kurus, padahal berat saya sama je, lebih kurang dalam 48 kg - 49 kg macam tu la.

gambar sebelum dan selepas. cekidout yawww.

september 2010: inilah yang orang cakap badan kurus tapi muka gemuk. kesihan saya.

saya start pakai masa february 2011. sebulan lepas pakai, orang mula cakap dah kurus.

march 2011: gambar first tempek kat facebook yang orang cakap kurus. tapi gambar ni senyum tak nampak gigi pulak. tak aci.

 july 2011: sambut menantu kat umah husband

yang baju merah tu second cousin merangkap cousin husband merangkap kakak kepada kakak ipar saya. dia memang muka tirus, tak pakai pun clarins. wuwuwu selamat lah rm225 dia.

i was trying nak cari gambar sebelum dan selepas yang sesuai tapi gambar limited. ni saya cilok-cilok from facebook je.

for those who faced the same problem like i do, may be you can give it a shot. it works perfectly fine for me, mana tahu rezeki anda pulak kannn.

oh yeah. another thing to think of. kalau anda berhenti pakai, anda akan menjadi si muka gemuk semula. macam saya. saya buat entry ni sebab tadi duk belek-belek cermin, baru perasan muka saya dah gemuk, padahal berat maintain 48 kg lagi. saya berhenti pakai haritu sebab kulit saya dilanda badai jerawat dan kulit kering. lalu mak saya cakap dah dah jangan pakai clarins tu dah, pakai satu set facial care saya tu je. jangan campur-campur. kalau dah baik baru pakai semula clarins. (bukan clarins tu yang buat muka naik jerawat. tapi lepas kawen ni berlaku perubahan hormon, menyebabkan jerawat tumbuh seperti batu-bata di tepian pantai)

lepas ni saya nak sambung balik pakai clarins. jerawat dah reda. nantikan wajah kurus sayaaaaa! (bajet artis)

sekian saja review panjang lebar dari saya. terima kasih.

8 kompelin:

  1. erk...nk try gak la...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. awok kalo nk try kena diet badan gok. kang muke saje kurus, perot tetap tembam. haha :p

    ReplyDelete
  3. mmg rmai org ckp pkai clarins ni muka jd tirus. aku pn terasa nk try.muka bulat je ni xkurus2

    ReplyDelete
  4. try la. hehe. tp muka ko bulat ke? bukan muke ko mmg dah sedia ada bersegi. nak ape lagiiii. hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah kcha nk try jgk la..tp kang muke sje kurus bdn temok muahaha

    ReplyDelete
  6. bg lia , nadia dop gemuk .. muke pong dop gemuk .. comey lote je .. dri zmn sekolh dulu .. ikhlas royak ni .. -zulia-

    ReplyDelete
  7. alahai..smua nk berwajah kurus ni..nk join sekaki boleh?sy pn berciri ciri mcm tu jgk.muka gemok bdn x gemok.tp itu dulu.skrg sy dh gemok kesemuanya.nmpak gayanya saya kena sapu clarins satu bdan la..muahahaha.

    ReplyDelete
  8. kak cha:
    haha parok ngak gitu kak cha. kan tgh pantang, bleh la diet lebih sketttt

    zulia:
    zaman skolah dulu chubby la lia. org tgk doh gmb2 org dulu. zaman kt universiti lg tembam. hehe

    kak epi:
    kaye ngak nk sapu se badan. ahaha. kalo pantang kekgi kurus la balik. wahh x sabar tunggu kak epi ade baby!

    ReplyDelete