LGBT mendakwa mereka bukan adakan pesta seks.
Okaylah, saya faham lah kat situ bukan ada pesta seks bebas pun. Apa yang saya faham, pesta tu untuk orang-orang yang berkeinginan seks songsang. Yang mahu diri mereka diterima sebagai masyarakat normal. Mereka nak berkumpul sama-sama, tak kan tak boleh ye dakkk.
Bukan tak boleh, tapi tak boleh nak anggap benda tu sebagai normal dan dibuat secara terang-terangan. Wajib bagi kita membendung isu tak sihat ni dari berleluasa. Terutamanya yang beragama Islam.
Saya sebenarnya agak buntu bila isu ni timbul. Sebelum ni saya banyak baca kisah rintihan hati gay/ lesbian/ tukar jantina yang minta masyarakat memahami diri mereka yang tak sama seperti individu lain dari segi keinginan seks.
Kalau ditanya apa yang terjadi pada saya jika saya berada di tempat mereka, tentu saya akan menjadi begitu rendah diri dan tak mahu orang tahu keadaan diri saya yang sebenar. Tapi untuk mengakui dan secara terang-terangan mahu dibolehkan berkahwin dengan sama jenis, tidak sama sekali. Kenapa? Sebab kita ada iman. Kita tahu Allah marah benda ni. Semua orang tahu kisah homoseksual di zaman Nabi Luth, di mana Allah menurunkan bala pada mereka. Itu beza orang yang beriman dan tidak beriman. Orang beriman akan fikir kemurkaan Allah, orang tak beriman ikut nafsu dan menyalahkan Allah.
Saya tertanya-tanya, ada tak orang beriman yang mempunyai keinginan seks tidak normal macam tu? Kalau ada, tentulah disembunyikan dalam diri masing-masing sebab takut pada Allah. Mungkin, orang beriman itu akan menganggap ke-abnormal-an mereka itu sebagai ujian Allah yang jika mereka bersabar di atas dunia, maka nanti Allah akan beri mereka ganjaran syurga? Kan Allah buat sesuatu itu dengan hikmah di sebaliknya? Dan kita kena ingat, Allah tak pernah kejam pada hambaNya.
Tu kalau agama Islam. Agama lain saya tak tahu.
Entah. Saya buntu. Saya tidak mendalami agama seperti mana ilmuan lain, sekadar apa yang ada dalam fikiran saya buat masa ini.
Bagi saya, Islam bukan benci manusia yang abnormal ni (maaf kalau ada yang tersinggung bila saya guna perkataan abnormal berulang-ulang), tapi Islam seperti mana ajaran Allah, melaknat perbuatan yang bertentangan fitrah manusia ini. Dalam bahasa mudah, tak payah nak pertikai hukum Allah. Dah haram, haram lah. Terpulang pada pihak berwajib untuk berdakwah menyedarkan mereka ini. Saya percaya, bukan Islam saja yang menghalang LGBT ni, malah agama lain pun.
Dan apa yang lebih teruk, saya buntu bila ada orang Islam sendiri yang menyokong benda ini dilakukan secara terang-terangan. Bukankah Allah suruh kita jaga keaiban kita? Kalau kita tidak normal, kenapa perlu heboh satu Malaysia dan minta masyarakat menerima keaiban yang kita buka itu? Sungguh, saya tak mengerti. Islam yang begitu indah dirosakkan oleh umat Islam sendiri. Yang ignorant. Jahil nauzubillah. Islam tak membenarkan yang batil. Orang kata, amal makruf nahi mungkar. Melakukan kebaikan meninggalkan larangan. Atau mengajak kebaikan mencegah kemungkaran. Dan selemah-lemah iman, adalah membenci dengan hati.
Menyokong perkara maksiat dan mungkar ini, walaupun hanya rela dengan hati, Astaghfirullah, mana pergi iman kita? Ibarat orang mengaku Islam, tapi tinggal segala apa yang Allah suruh. Renung semula diri kita. Kalau kita tak benci maksiat depan mata, maka sebenarnya kita jauh lagi dari kasih sayang Allah. Saya bukanlah ustazah, tapi Alhamdulillah, saya dididik kenal dosa pahala. Bak kata mak saya, setiap kali nak buat sesuatu, fikir, apa pandangan Allah. Tidaklah baik sangat saya ni, banyak dosa juga, tapi untuk membenarkan kemungkaran berlaku depan mata dengan rela, tidak lah. Benci. Banyak sangat maksiat depan mata yang berlaku pada akhir zaman ni.
Saya tak benci makhluk-makhluk Allah yang songsang itu. Islam sendiri tak benci mereka. Yang dibenci adalah bila mereka mengikut hawa nafsu tu.
Betul, mereka manusia biasa macam kita yang lain. Mereka selalu claim, tolonglah fahami diri mereka. Bukan senang hidup sebagai mereka. Tapi sebelum meminta orang memahami diri mereka yang songsang, fahami dulu agama, fahami dulu budaya di negara Islam. Malaysia, walaupun tidaklah seislam sepatutnya, tetaplah negara yang tidak menerima budaya seperti di barat sana. Seksualiti Merdeka, bagi saya, mereka harus diam-diam sahaja. Usah terpengaruh dakyah barat yang mahu Malaysia jadi seperti negara mereka, berkahwin sesama jantina. Hak asasi ada batasnya. Kalau dah sampai menyalahi hukum Allah, hak asasi apanya?
Kalau Malaysia membenarkan perkara ni, janganlah beritahu dunia yang negara ini negara Islam. Sumpah, memalukan. Harap-haraplah negara Malaysia ni sentiasa diperintah oleh orang Islam. Bukan Islam pada nama sahaja, tapi pada amalannya juga.
Entah bagaimana Malaysia suatu hari nanti, kalau dah orang Islam sendiri merelakan perkara ni.
Contoh 1:
KUALA LUMPUR, 3 Nov - Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) mengecam tindakan keras pihak polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang dikuatkuasakan serta-merta hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata SIS, pihaknya menganggap ia satu lagi bentuk tindakan menapis dan menghalang aspek kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia.
Setelah merujuk beberapa sumber, saya simpulkan SIS ni memang sesat dan menyalahgunakan nama Islam. Yang selalu mempertikaikan undang-undang Islam. No wonder lah sokong benda songsang, dia pun songsang. SIS ni wujud kes obses terhadap wanita la. Nak samakan jugak kedudukan wanita dengan lelaki, tak nak dengar kata Allah. Ada ke mengimamkan solat Jumaat di mana makmumnya ada lelaki. Sesat tak sesat? Hii tak faham betul. Macam manalah boleh pakai nama Islam? Buatlah agama lain kalau hebat sangat, ye dak? ni nak pinda hukum Allah pulak. Kena petir baru tahu.
Contoh 2:
"btw Ambiga isn't leading SM, only opening it. I opened it a few years ago. No trouble then" - twitter Marina Mahathir.
Apadahal menyokong benda ini secara terang-terangan? Marina Mahathir, semoga Allah beri anda hidayah.
Tanya diri kita, iman kita berada di tahap mana?
P/S:
Siapa Marina tu? Anak Tun Mahathir ke?
P/P/S:
Gurau je, tak kan tu pun saya tak tahu :) Cuma agak terkejut dengan responnya yang selamba. Semua orang duk kritik, dia boleh kata no trouble. Hebat betul dia punya ignorant.
ape nak jadi dgn malaysia tercinta? ohhh..terlalu ikutkan hawa nafsu, memang binasa hidup dunia akhirat.
ReplyDeleteHuhu makin rosakkkk :(
ReplyDelete-nAtRa-