Mom once happened to ask me, what are my dreams. I was like, errr..apa ye? Then I realized, I dont really clear with what I want to achieve in my life. How come? Kenapa saya tak fikir ye sebelum ni? Chop. Ada fikir, tapi tengah fikir tiba-tiba ada orang kacau so saya terlupa dah. Haha boleh pulak alasan macam ni. :p
Ma: Ya nak capai apa dalam hidup ya?
Saya: Errr... (pastu terdiam)
Ma: Ma dah tercapai semua impian. Dah tak ada nak apa lagi.
Saya tahu maksud ma adalah pencapaian dunia sebenarnya. Sebab ma penah cakap ma nak meninggal dalam keadaan baik. Setakat ni tak tercapai lagi la kan. Tapi harap-harap impian ma yang tu pun termakbul. Amin.
Sekarang sebab saya free, dan ada mood untuk update blog, mari saya fikir kejap apa impian saya. Ada yang dah tercapai. Ada yang belum, of course.
1. Tamat Quran - Completed
Saya tamat mengaji quran pada usia 11 tahun. Ma cakap kalau nak pergi Mekah mesti rajin mengaji. Jadi saya rajin-rajin bawak basikal pergi mengaji rumah arwah Ayah Wan.
2. Pergi Mekah - Completed
Umur 12 tahun ma bawak saya pergi Mekah. Saya tak pernah jadikan pergi Mekah sebagai impian. Ni impian mak saya untuk bawak anak-anak pergi Mekah. 9 orang tu dijadikan beberapa trip. Masa saya 15 tahun saya pergi Mekah lagi sekali, dan lepas tu baru saya pasang niat nak pergi lagi. InsyaAllah awal tahun depan saya pergi.
3. Masuk universiti - Completed
Mak ayah saya, abang-abang saya, kakak-kakak saya, semua masuk universiti. Tambah-tambah lagi zaman saya, jarang sangat orang tak masuk U. Jadi saya tanam impian untuk masuk U. Saya ingat lagi dalam hati saya pernah kata, "Nanti kalau orang tanya sekarang Nadia buat apa, aku boleh cakap - tengah belajar kat U." Cewah. Rasa macam universiti tempat yang hebat gila. UTeM pun hebat jugak la walaupun ramai tak kenal. Haha.
4. Bekerja - Half Completed
Terus terang saya cakap, masa mula-mula kerja dulu, saya selalu menangis dengan jawatan saya sekarang. Saya langsung tak minat bahagian ni. Tapi, bidang IT dan multimedia sendiri pun saya tak minat. Saya tak tahu saya patut kerja apa. Cumanya, dengan kerja sekarang, saya suka saya boleh simpan duit dan belanja sikit-sikit tanpa rasa sesak. Sebab, saya tak perlu spend on duit makan, duit minyak, sewa rumah, tol and all that. Jadi perlahan-perlahan, saya terima keadaan ni dengan bersyukur. Tak semua orang bertuah dapat semua yang diimpikan. TAPI, saya masih menyimpan angan-angan untuk buat sesuatu yang saya minat satu hari nanti. Yang bila bangun pagi, saya semangat nak pergi kerja, yang dalam sehari, tak rasa pun hari lambat berlalu. Hee XD
5. Ada kereta sendiri
Saya masih belum ada kereta sendiri. Mungkin akan beli tahun depan. Atau mungkin lepas kawen. Atau mungkin bila-bila perlu. Tapi akan! InsyaAllah.
6. Ada rumah sendiri - Half Completed
Ada. Tapi bukan guna wang sendiri. So tak tercapai sepenuhnya.
7. Ada bf yang direstui - Completed
Dari dulu saya tunggu bila waktunya saya boleh bercakap mengenai seorang lelaki yang istimewa dalam hati saya, secara terbuka depan mak saya. Perkara ni sangat sukar dalam hidup saya, percayalah. Semalam saya dan mak saya berangan-berangan pasal pertunangan saya. (akibat terlampau excited dengan pertunangan kakak kepada bf saya). Kain baju tunang dan kawen saya mak saya dah beli sejak saya di tahun 2 di universiti. Haha. Tapi bf saya cakap tak nak bertunang, nak kawen terus. Habis kain yang dah beli tu macam mana? Dush-dush. T___T
8. Kawen!
Kawen? Haha. Semua orang pun nak kawen. Ada orang nak enjoy masa single lama-lama. Saya tak rasa pun macam tu. Adik beradik saya kebanyakannya kawen pada umur 22-25 tahun. Saya ni kira lewat dah tau. Haha. Dan, perkahwinan saya dijangka diadakan sekaligus dengan adik-adik saya. Sharing our big day! Ah. Para tetamu, hadiah bawak 3 tau. Nanti kang berebut. Eh jauh dah berangan ni.
8. Ada anak-anak yang baik, comel, sehat dan senang dijaga
Orang kata, pikul tanggungjawap sebagai mak ni bukan senang. Sekarang, rasa mengantuk boleh terus tidur. Bosan boleh blogging. Dah ada anak mana ada masa macam ni dah. Semua kena korbankan demi anak-anak. Ma selalu cakap, nak bagi anak membesar ni, macam-macam dugaan. Anak tak sihat lah, tak cukup duit lah. Pendek kata, jangan berangan la nak enjoy macam belum kawen ni. Huhu. Harap-harap nanti anak saya mudah dijaga, baik, sihat dan comel-comel.
9. Buka saloon atau butik atau spa
Bidang ni lah yang saya suka. Kan bagus kalau saya boleh buka saloon atau spa. Atau butik. Kalau ada saloon, tiap-tiap hari datang untuk syampu. 2 kali sebulan trim rambut. 3 kali sebulan buat treatment. Kalau ada spa, mandi lulur tiap-tiap hari. Mandi bunga 2 kali sebulan. Mandi susu bila rasa dah hitam. Kalau ada butik pulak, tiap-tiap hari datang, "Alice, baju Vera Wang yang Datin Seri tempah untuk anak dia tu dah sampai? Bawak sini I nak tengok dulu," - watak Alice adalah pekerja saya ok. Ei bestnya bestnya! XD
10. Tunaikan haji sebelum umur 40 tahun
Mak saya tunaikan haji masa umur dia 33 tahun. Harap-harap saya dapat tunaikan haji jugak nanti. InsyaAllah, mudah-mudahan dimurahkan rezeki.
11. Ada duit simpanan RM100 K pada usia 33 tahun
Rompak bank sebanyak RM200 K pada usia 32 tahun. Dan pada usia 33 tahun masih ada RM100 K yang berbaki.
Ini semua adalah angan-angan untuk kehidupan di sini saja. Untuk kehidupan di akhirat, saya rasa semua orang pun mengimpikan yang baik-baik. Mati dalam keadaan baik, diampunkan segala dosa, dan kekal dalam syurga Allah.
Sampai sini dulu. Daaa!
28 comments:
you go gurL !! salam kat de n ayah de :)
ehehe. go go chaiyok! okey sis!
heh ngarut je no 11 tu.. baju tunang bagi ke adik, biar adik buat jadi baju pengapit! awwww!
rase sedih and takut plok bile kya cakap pasal impian ma tu.hurmm.
kya pon sedih mase dengar tu. sbb tu kya tak ulas lanjut dlm blog. malas nak pikir. huhu.
adik nk buat jadi pengapit? mana boleh! XD
hihihi. =D
lucu plok bc part yg nk bkk butik/saloon/spa.
hehe. tp betol tu, mmg angan2 :p
Semua perkara bermula dgn angan2 dulu Ya, tapi abg din yakin kalau Ya betul2 nok buat, kita buleh arrangekan... Saloon Lingkaran Efektif ke...Yakondria Saloon ke.... YaYai Saloon ke....hehehe
Abg Din
akakakakka kelako la name yg abg din suggest tuh. aboh ade beli rumah kedai. ma kate boleh kalo nk buke saloon gitu. ye ye je ya ni. skali hangat-hangat tahi hayam. :p
ei ei tapi ya sukeeeee!
klau ya buka saloon or spa or butik, kak syima misti jd regular customer!
yeay! janji tau! XD
blehla adik gi buat rebonding, free of charge.
Nodi thanks..sbb menview blog azie yg ntah pape..hehe..saja j nodi ni nak wat org malu..huhu...:">
hebat ar mu noddy.bgus2...teruskan perjuanganmu itu..i'll alwaiz support u...=)=)=
when we have dreams and believe nothing is impossible,we'll find a way to get it but when we start to be afraid of it,slowly the dream will fade away..
adik: yelah yelah free of charge. jadi staff situ boleh la. haha.
azie: sy mmg rajin gi bace blog kawan2. antara rajen x rajen komen je. heee XD
cheku: thanks cheku. i know i have u =)
anonymous: beritau nama bole? hehe. thanks anyway. the words are meaningful enough ;)
haha..abg din,buruknye nama YaYai Saloon.tp wa suke kalau kak ya ada saloon..kite jd partnerla nak.hehe.kak ya,kalu kak ya tak nak tunang,kain2 tu pass je kat wa..adik xyahla,menyemak je..haha.wa pun tgh mencari apa impian wa..bleh x dulu wa punya impian nk kwain n ada anak je?haha,xmatang lgsg..hidup xsemudah tu..byk lg benda yg nk dibuat dlm hidup ni kn kak ya?aneway,impian kak ya besh2!
gagaggagaa thanks wa :)
kya nak tunang jgk. huhu. tp xpe lah. bia ma n mama yai discuss gane.lgpon lmbt lg hehe ngada ngada dulu
rase diri ni kecik je bile bace entry k.ya ni...huhu...neway gudluck la k.ya!hehe
alamak...bakpe pulok khairil kate gitu. mane ade kya kecikkan sape2..adei. sori kalo terasa. huhuuh. i nvr mean it ok bro ;)
eh..bknla..hehe..mksudnya itu adala..krel pun xtau ape yg nk kena capai..hehe..satu pun xtercapai lg kot...haha...
hoho. khairil x tecapai mendenye. siap ade farm lagi. haa. kya mane ade mende2 lg. sbb tu kene berangan hebat2.ekekekke :p
dah kahwin jgn lupe ajak :)
ini odin utem dlm fb tu? hehe. insyaAllah ;)
hye...salam..bgush222..muda2 dh ad mcm2 impian..insyaAllah,dgn izin yang maha Esa,akn termakbul...tp ingt stu bnda,kita jgn lah lupa dri ble dh berjaya kerana Allah sgt ska pda hamba yg berusaha dan sgt benci org yg takabur...
hye. wslm. thanks for dropping by. and becoming my follower. ;)
insyaAllah tak lupa diri, dgn adanya org sekeliling yg selalu igtkan. XD
salam..selamat pagi...ye..kita sbgai khalifah dibumi ni haruslah selalu ingat menigati sesama kita...
suka pulak baca entri ni, baru teringat, apa yang aku cari selama ni ek... gud entri untuk berfikir
hi popshovans.
hehe. tu la aku pon baru je tepikir.
banyak lagi mende yang aku cari sbnrnye tp xleh nk tulis. kikiki ;p
Post a Comment