so now they also blocked tumblr!!
whatttt ? why u no block blogspot ?
huwa huwa huwa !
p/s: i almost delete this blogspot.
Nadia Nazifah
Super Sweet!
15 February 2012
25 January 2012
Berdiet Dengan Cara Yang Betul
Remaja dikhuatiri terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan penyakit yang lebih buruk.
Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.
Jangan biarkan diri kelaparan
MASALAH berat badan sering menyebabkan remaja kurang berkeyakinan dan berasa rendah diri. Keinginan untuk tampil cantik dan bergaya pasti diidamkan oleh semua anak muda.
Namun ramai remaja tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk berdiet dan mengawal pemakanan mereka. Lebih menyedihkan mereka mengambil jalan singkat dengan memilih pil diet yang mampu menjejaskan kesihatan.
Ada juga remaja yang terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan mereka mengalami penyakit seperti anoreksia dan bulimia.
Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan gabungan penjagaan pemakanan dan juga senaman yang teratur.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan kilogram pada berat, GenK sediakan beberapa tip khas untuk remaja. Selamat mencuba!
Minum banyak air
Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Bawalah bekal air masak anda sendiri setiap kali pergi ke sekolah atau pun bersiar-siar.
Diet buah-buahan dan sayur-sayuran
Diet buah-buahan dan sayur-sayuran
Makan banyak buah-buahan dan biasakan memilih sayuran sebagai salah satu lauk dalam hidangan setiap kali makan. Jadikan ia hidangan wajib setiap hari.
Lebihkan pengambilan bijirin
Bijirin penuh amat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi gentian, vitamin B, zat besi, mineral, vitamin B, E dan nutrien fito. Pengambilan sarapan seperti bijirin amat baik untuk pelajar sekolah dalam meningkatkan daya kecerdasan minda.
Tentukan tahap kelaparan
Sebelum membuat keputusan untuk makan, tentukan sama ada anda benar-benar lapar atau hanya sekadar memenuhi permintaan rakan untuk menemaninya makan bersama. Ia akan menyebabkan anda mengambil makanan melebihi daripada keperluan.

LUANGKAN masa anda mengira setiap kalori makanan yang dimakan.
Kurangkan minuman bersoda
Remaja sememangnya menggemari minuman bersoda. Tahukah anda setin minuman soda mengandungi lapan sudu teh gula iaitu melebihi keperluan pengambilan gula sehari bagi wanita iaitu enam sudu teh bersamaan 100 kalori atau sembilan sudu teh gula bagi lelaki bersamaan 150 kalori.
Menimbang berat setiap minggu
Dengan menimbang berat setiap minggu anda akan tahu perkembangan berat anda. Ia membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
Kawal pengambilan makanan
Setiap kali waktu makan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti biasa. Mungkin ia agak sukar pada permulaan namun lama kelamaan anda akan biasa dengan jumlah pengambilan makanan tersebut. Jika anda merasakan ia tidak mencukupi, tambahkan dengan buah-buahan.
Prihatin dengan makanan
Luangkan sedikit masa untuk mengira jumlah kalori yang diambil pada setiap hidangan. Anda boleh layari Internet dan mendapatkan informasi mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. Ini boleh mengelakkan anda daripada mengikuti diet yang salah. Sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih. Tahukah anda kalori empat keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi.

REMAJA yang terikut-ikut dengan rejim diet yang ketat mengakibatkan mereka
menghidap penyakit anoreksia.
Elakkan makan malam
Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.
Jangan biarkan diri kelaparan
Menahan lapar bukanlah sesuatu yang bagus untuk menurunkan berat badan. Tahukah anda menahan kelaparan boleh mengakibatkan tahap metabolisme badan anda rendah dan ini akan melambatkan proses pembakaran lemak?
Bersenam
Perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Bersenam boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringkas. Elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Jika hendak ke kedai naiklah basikal atau berjalan kaki.

anyway, please welcome to tumblr at puteripeach.tumblr.com
nothing much. just a simpler blog. wayyyy easier to update :)
11 January 2012
baby cutie pie
presenting you...
S.A.L.L.Y
cepatnya awak membesar sally !!
look at you, you are so cute !
can we keep her, hubby ?
pleaseeeeee.
Labels:
cutest pet
30 December 2011
obses kucing
fifi dah beranak yey! tapi anaknya sekor je. kurang subur agaknya.
adik-adik saya sangat obses kucing. sampai dalam fesbuk pon berbincang bukan main kencang lagi.
yang jelas sekali, adik saya najwa memang sangat obses kucing. dulu masa saya share bilik dengan dia selalu gaduh dengan saya sebab saya tak bagi dia biarkan kucing tidur atas katil. adik pon sama. suka bagi bubu dan fifi tidur atas katil. pernahlah beberapa kali kitorang bermasam muka sebab kucing.
amboi amboi bubu. lena diulit mimpi gitewwww. nanti kutip balik bulu bubu ok.
sebenarnya bila duk kl, tak ada kucing yang nak manja-manja dengan kita, rasa jugak rindu tu. rindu nak mandikan bubu dan fifi. kucing kat kl ada tapi sebab tak bela dari kecik, saya takut mereka akan bertindak ganas ke atas saya. huhu tak mahu lah kena cakar nanti rosak pula kulit saya yang mulus ini. ceh -.-"
saya dah buat proposal kepada husband untuk bela anak fifi yang baru lahir tu. tapi telah direject. okay la fine, mungkin sebab saya duduk dengan mak mertua susah sikit nak tengokkan perilaku baby kucing. tapi kalau nanti ada rumah sendiri kita bela kucing okay. bela kucing murah rezeki tau. nabi pon suka kucing. hehe. boleh la k? okay bye.

cats
15 December 2011
soalan lazim masyarakat setempat
dulu orang tanya, bila nak kawen.
sekarang dah kawen, orang tanya bila nak pregnant / dah pregnant ke belum. tak salah sebenarnya orang nak tahu. (i ni kan retis popular) tapi bila dah selalu sangat, adalah jugak rasa boring nak jawap. huhu.
family saya selalu cakap kat saya, jangan fikir or stress sangat, nanti lagi susah nak dapat. saya pon okay lah, set mind elok-elok. masa yang ada sekarang saya nak spend berdua je dengan husband, pegi jalan-jalan, bersih kolam, berkebun. haha kenalah berkebun.
tapi ada satu benda yang buat kacau mind set saya.
MISSED PERIOD.
boleh tak jangan bagi harapan palsu lagi? last month i missed my period by 10 days. of course la buat pregnancy test kan. kalau dah missed 10 hari, takkan la tak berharap kan? tiba-tiba period. okayyyyyyyyyy. punah harapan kejap.
bulan ni dia buat lagiiiii. aduhhh.
arini it was late by 6 days. 2 hari lepas saya beli pregnancy test senyap-senyap tanpa pengetahuan husband. saya tak nak dia tahu saya buat test ni. biar saya je yang kecewa sorang kalau result negative. berdebar punya pasal, perap dulu semalaman. pagi tadi buat test. sampai menggeletar tangan sebab takut tengok result.
negative.
oh period, berhentilah berlakon!
i just cant imagine how it feels like kalau dah bertahun-tahun kawen tapi belum ada rezeki. kat company saya baru keje ni, yang lambat pregnant adalah dekat 4,5 orang kot. kan scary tu. selalu orang sekeliling saya senang je pregnant. sampai saya fikir saya pon senang nak pregnant. rezeki Allah, kita tak tahu. boleh berdoa je lah kan.
pada orang sekeliling saya, kalau nak tanya saya dah pregnant ke belum, tu tak ada masalah. tapi jangan tanya, "nadia bila lagi?", meh nak pang sikit. mane lah aku tahu bila aku nak pregnant. cakap macam aku ni plan-plan pulak. nak tanya tu betul-betul la sikit.
saya percaya pada rezeki Allah. ada sebab saya belum pregnant. mungkin saya rasa saya dah bersedia tapi Allah knows better. saya nak kenal husband saya elok-elok dulu. tak sampai lagi 6 bulan. lepak lah! (ayat sedapkan hati padahal dah teringin baby girl haha)
okay, bye.
14 December 2011
30 days Challenge - Day 14
day 14 - tv show you're currently addicted to
tadaaaa !
ni kira reality tv show kan? yang penting, saya dan husband suka tengok orang masak-masak. hehe. selalu pukul 9 nak terpangak depan tv tengok tv sama-sama dengan adik-adik ipar pastu memberi kritikan membina pada peserta feveret.
husband suka saiful.
seorang penoreh getah berusia 26 tahun, berasal dari sabah. kagum tak penoreh getah boleh masuk tv masak hebat-hebat. hehe. tapi saiful kadang-kadang memang kesihan jugak, dia macam tak ada keyakinan diri sangat. huhu saya selalu kesihan kat orang yang tak ada keyakinan diri, it reminds me of myself. sobsob.
tapi saiful dah terkeluar 2,3 hari lepas. terus husband dah tak ada mood nak tengok. hoho.
saya pulak suka ezani.
dokter gigi berusia 26 tahun. bagi saya dia cool, dan tak over macam sesetengah peserta lain. yang suka jerit-jerit, buat muka konon-konon expressive sangat. nak-nak brian. poyotitos tau.
tapi yang pasti, saya dan husband sama-sama tak suka dia ni;
mak datok poyo betol membahasakan diri sebagai "chef" depan budak-budak. bahasakan diri "saya" tak boleh? pastu kepala nak senget semacam. let alone pasal tipu biodata diri tu. arghhh.
okay la tu je. tengah tunggu husband datang amik saya ni.
daaa.
Labels:
30 days challenge
Subscribe to:
Posts (Atom)